KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 4 DISEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,144 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 59,061 kes (84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 4 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,141 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 70,236 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,799 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,138 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus).

Sebanyak 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Bakti (4 kes), Kluster PTS Sibuga (3 kes) dan Kluster Penjara Reman (1 kes).

Perincian 1,141 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 320 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 320 kes 
    • 155 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 256 kes  
    • 241 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Muda, Kluster Tapak Bina Galeri dan Kluster Bukit Dalam;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 69 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cempaka;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 48 kes 
    • 26  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 47 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Cincin;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 24 kes
    • 20 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Huma.
  • Negeri Sembilan: 15 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Genting dan Kluster Atabara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 


Sehingga kini, terdapat 129 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk makluman, tiada pertambahankes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal  376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)