KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN 18 DISEMBER 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,214 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 75,244 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

Pada hari ini, 18 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,683 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 90,816 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,140 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,675 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 692 kes (41.1 peratus). Ini diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 260 kes (15.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 197 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 313 kes (18.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (235 kes), Kluster Tembok (55 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), Kluster Bakti (8 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian 1,683 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 692 kes 
    • 175 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lebuh;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 346 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 260 kes 
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sugud;
    • 132 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 197 kes  
    • 129 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tengah;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 174 kes
    • 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Heights;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka: 140 kes
    • 139 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: 77 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 65 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 37 kes 
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • 11 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ingin dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 432 kes (0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)