SITUASI COVID-19 DAN KLUSTER DI KELANTAN
SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 4 DISEMBER 2020,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak dua (2) kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 293 kes.
Negeri Kelantan telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 20 kes dan kesemuanya adalah penularan COVID-19 dalam negeri. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 401 kes.
Sehingga kini, terdapat 104 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk enam (6) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah empat (4) kes.
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Kelantan sehingga 4 Disember 2020, 12.00 tengahari.
Pada hari ini, terdapat pertambahan satu (1) kluster baharu dan satu (1) kes daripada kluster sedia ada iaitu:
1 Kluster Huma (20 kes)
1 kes daripada Kluster Chengal
JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.