TABURAN KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 29 DISEMBER 2020
Pada hari ini, sebanyak 31 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 665 kes.
Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti di Infografik yang dilampirkan.
RINGKASAN KES-KES BAHARU:
8 Kes Kontak Rapat Kluster Seragam Chepa
8 Kes Kontak Rapat Kluster Halban
4 Kes Kontak Rapat Kes ke-604
2 kes Saringan Survelan COVID-19 (ILI)
2 Kes Saringan Pra-Pembedahan
1 Kes Kontak Rapat Kluster Pintu Geng
1 Kes Kontak Rapat Kes ke-463
1 Kes Kontak Rapat Kes ke-507
1 Kes Kontak Rapat Kes ke-563
1 Kes Kontak Rapat Kes ke-504
1 Kes Saringan Survelan COVID-19 (Klinikal)
1 Kes Saringan Berisiko dari Zon Merah W.P. K. Lumpur
BILANGAN KES TAMAT TEMPOH PEMANTAUAN 14 HARI: 3 kes
1 kes tempatan di Mukim Kota, K. Bharu
1 kes tempatan di Mukim Panji, Kota Bharu
1 kes import B dari Selangor di Mukim Bandar Kota Bharu, Kota Bharu
BILANGAN ZON MERAH: 1 Daerah
Kota Bharu (136 kes tempatan)
BILANGAN ZON JINGGA: Tiada
BILANGAN ZON KUNING : 7 Daerah
Pasir Mas (8 kes tempatan)
Pasir Puteh (5 kes tempatan)
Tumpat (5 kes tempatan)
Machang (4 kes tempatan)
Bachok (4 kes tempatan)
Jeli (3 kes tempatan)
Kuala Krai (1 kes tempatan)
BILANGAN ZON HIJAU : 2 Daerah
Gua Musang
Tanah Merah
JUMLAH KES IMPORT AKTIF : 28 Kes Import B (Merentasi Negeri)
Saringan Berisiko dari Selangor (15 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. K. Lumpur (9 kes)
Saringan Berisiko dari Sabah (1 kes)
Saringan Berisiko dari Perak (1 kes)
Saringan Berisiko dari W.P. Putrajaya (1 kes)
Saringan Berisiko dari Sarawak (1 kes)
*kes import tidak akan dikira dalam penentuan warna zon