SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 31 DISEMBER 2020



Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini enam (6) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 498 kes.

Sehingga kini, terdapat 252 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk empat (4) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

SATU (1) kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah lapan (8) kes. JKNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada hari ini, sebanyak 37 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 27 kes tempatan dan 10 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 758 kes.

Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:

26 kes baharu di Daerah Kota Bharu

4 kes baharu di Daerah Kuala Krai

2 kes baharu di Daerah Pasir Mas

2 kes baharu di Daerah Tanah Merah

2 kes baharu di Daerah Tumpat

1 kes baharu di Daerah Machang

RINGKASAN:

Kes Harian Baharu: 37 KES

Jumlah Kes Keseluruhan: 758 KES

Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 6 KES

Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 498 KES

Jumlah Kes Dalam Rawatan : 252 KES

Bilangan Kes di ICU: 4 KES

Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 276 KES

Jumlah Kematian Baharu : 1 KES

Jumlah Kematian: 8 KES


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)