SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 30 DISEMBER 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini tiga (3) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 492 kes.
Sehingga kini, terdapat 222 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk lima (5) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah tujuh (7) kes.
Pada hari ini, sebanyak 56 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 51 kes tempatan dan 5 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 721 kes.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
34 kes baharu di Daerah Kota Bharu
6 kes baharu di Daerah Machang
5 kes baharu di Daerah Bachok
5 kes baharu di Daerah Pasir Mas
3 kes baharu di Daerah Kuala Krai
3 kes baharu di Daerah Tumpat
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 56 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 721 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 3 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 492 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 222 KES
Bilangan Kes di ICU: 5 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 249 KES
Jumlah Kematian Baharu : 0 KES
Jumlah Kematian: 7 KES