TABURAN KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 23 DISEMBER 2020
Pada hari ini, sebanyak EMPAT (4) kes harian baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 508 kes.
Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti berikut:
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Kadok, Kota Bharu (Kes ke-505). Kes ini merupakan Kontak Rapat Kes Sah ke-492 dan dikategorikan sebagai Kes Tempatan.
- Satu (1) Kes didaftarkan di Mukim Pulai Chondong (Kes ke-503). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Sabah) dan dikategorikan sebagai Kes Import B.
- Dua (2) Kes didaftarkan di Mukim Ketereh, Kota Bharu (Kes ke-507 & 508). Kes-kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai kes import B.
RINGKASAN KES BAHARU:
1 kes Saringan Kontak Rapat Kes Sah ke-492
3 kes Saringan Berisiko Luar Negeri (Import B)