SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 26 DISEMBER 2020.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini satu (1) kes sembuh (discaj) COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh (discaj) adalah 471 kes.
Sehingga kini, terdapat 98 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tiga (3) kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
TIADA kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah enam (6) kes.
Pada hari ini terdapat DUA (2) KLUSTER BAHARU diisytiharkan
Kluster Halban
Kluster Seragam Chepa
Pada hari ini, sebanyak 54 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 43 kes tempatan dan 11 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 575 kes.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
- 48 kes baharu di Daerah Kota Bharu
- 4 kes baharu di Daerah Machang
- 1 kes baharu di Daerah Pasir Puteh
- 1 kes baharu di Daerah Tumpat
RINGKASAN:
Kes Harian Baharu: 54 KES
Jumlah Kes Keseluruhan: 575 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Baharu: 1 KES
Jumlah Kes Sembuh (Discaj) Keseluruhan: 471 KES
Jumlah Kes Dalam Rawatan : 98 KES
Bilangan Kes di ICU: 3 KES
Jumlah Kes Aktif Dalam Tempoh 14 Hari: 109 KES
Jumlah Kematian: 6 KES