KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN PADA 2 DISEMBER 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 658 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 56,969 kes (83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 2 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 851 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 68,020 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,686 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 847 kes.
Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 334 kes (39.2 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 249 kes (74.6 peratus). Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 229 kes (26.9 peratus) dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 102 kes (12.0 peratus).
Sebanyak 17 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (14 kes), Kluster Matambai (2 kes) dan Kluster PTS Sibuga (1 kes).
Perincian 851 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Selangor: 249 kes
- 82 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Impian dan Kluster Desa Pinang;
- 86 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 229 kes
- 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 103 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
- Johor: 102 kes
- 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baloi;
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 85 kes
- 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Desa Pinang, Kluster Jernai, dan Kluster Seri Wangsa;
- Empat (4) kes import dari luar negara;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 62 kes
- 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 60 kes
- 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 34 kes
- 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 26 kes
- 19 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Kelantan: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Pahang: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.