VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA - KKM

RAUB,- Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah menghadiri Majlis Pelancaran Imunisasi Pneumokokal untuk Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) hari ini. 

Seramai 500,000 kanak-kanak bakal mendapat manfaat Vaksin Pneumokokal setiap tahun tanpa mengira di mana mereka berada, latar belakang dan tahap sosio-ekonomi mereka.

Dr Adham berkata pemberian suntikan vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 1 Disember 2020. 

Vaksin Pneumokokal adalah vaksin terbaharu dalam NIP dan ia diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae yang dikenali sebagai Pneumokokus.

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae adalah radang paru-paru, radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah.

Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya, adalah layak menerima suntikan vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM. 

Turut hadir adalah YB Dato' Sri Norol Azali Sulaiman, Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang,  YB Dato’ Haji Shahiruddin Ab Muin, ADUN Dong Raub, YB Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. 

YBhg. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit, KKM, YBrs. Dr. Khebir Verasahib, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM, YBhg. Dato’ Mohammad Shahid Ismail, Pegawai Daerah Raub, YBrs. Dr. Nor Azmi Abdullah, Ketua Perkhidmatan Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Dr Syafizah, Pegawai Kesihatan Daerah, Raub.

SUMBER: KKM

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)