KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN COVID-19, 2 OKTOBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 81 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,095 kes (85.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 287 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 287 kes adalah kes penularan di dalam negara. Tiada kes import dilaporkan hari ini. Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 113 kes
    • 52 kes saringan bergejala;
    • 35 kes daripada Kluster Benteng LD;
    • 15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
    • Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital;
    • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Laut;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan;
    • Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; dan
    • Satu (1) kes saringan komuniti di Lahad Datu.
  • Kedah: 129 kes 
    • 128 kes daripada Kluster Tembok; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11471.
  • Selangor: 31 kes
    • 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
    • Satu (1) kes saringan tahanan;
    • Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
  • Perak: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Tembok.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Kelantan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.
  • Wilayah Persekutuan Kuala LumpurSatu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
  • Johor: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11200.
  • Wilayah Persekutuan LabuanSatu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Sehingga kini, terdapat 22 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes (1.16 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)