LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH DAN BUKIT TAMPOI DIHENTI TUGAS AKIBAT PENCEMARAN
HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH DAN BUKIT TAMPOI BERIKUTAN PENCEMARAN DI SUMBER AIR MENTAH
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji ini.
Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.