MAFI TURUN PADANG MELAWAT INDUSTRI IKAN TUNA

 


Pada hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YBhg. Dato’ Haji Zainal Azman Abu Seman telah turun padang bagi melawat perkembangan Industri Ikan Tuna serta laut dalam di Labuan, Sabah.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk membangunkan dan meningkatkan aktiviti penghasilan ikan laut dalam serta melihat proses pengeluaran produk tuna dari aspek pendaratan sehingga aspek pemasaran. 

Industri Tuna di Malaysia telah berkembang dan dipasarkan ke serata negara seperti United States, Australia dan New Zealand dengan pulangan sebanyak RM 80 Juta pada setiap tahun. 


#mafimalaysia 

#makanankitamasadepankita

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)