PENYELIDIKAN TERHADAP NORMA BAHARU COVID-19

 


Satu penyelidikan mengenai amalan orang ramai terhadap norma baharu COVID-19 sedang dijalankan oleh Clinical Research Centre (CRC) Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

Penyelidikan ini dilakukan untuk menilai pengetahuan dan tingkah laku masyarakat terhadap penggunaan antibiotik dan pencegahan jangkitan selepas wabak COVID-19. Penyelidikan ini diperlukan untuk meningkatkan pemahaman tingkah laku masyarakat terhadap pencegahan penyakit berjangkit.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan penyelidikan ini, sila hubungi Cik Thong Kah Shuen atau Encik Chang Chee Tao di talian 05-2085000.

Klik pautan berikut untuk menyertai penyelidikan ini. http://bit.ly/normacovid19

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)