ANGGOTA KABINET HANTAR SURAT LETAK JAWATAN KEPADA AGONG - KHAIRY JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR, - Semua anggota Kabinet menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, maklum Khairy Jamaluddin.
Menteri Umno itu menerusi Instagram sebentar tadi juga mengucapkan terima kasih atas peluang berkhidmat untuk negara.
“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.
Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai, lapor Malaysiakini.
“Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanya.