PM MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SHUIB SEPAHTU ATAS PEMERGIAN ISTERI, SITI SARAH


PUTRAJAYA, - YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, merakamkan ucapan takziah kepada Encik Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi ini.

Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan. Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.

" Semoga ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini. Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah ".

Perdana Menteri berkata, semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah.

" Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang ".

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)