SAMBUTAN HARI BELIA SEDUNIA 2021.

 


PUTRAJAYA, - Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama beberapa rakan strategik telah berjaya melaksanakan penganjuran bersama satu Webinar bersempena sambutan Hari Belia Sedunia 2021 yang bertemakan "Youth empowerment in times of Covid 19" pada 12 Ogos 2021. 

Webinar tersebut bertujuan antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi oleh belia semasa pandemik Covid-19 serta inisiatif-inisiatif yang telah diambil dalam mengatasi impak Covid-19.

YB Senator Timbalan Menteri Belia & Sukan telah menyampaikan ucapan aluan (Welcoming Address) mewakili YB Menteri Belia dan Sukan semasa Webinar tersebut.

 Selain itu, YBrs. Dr Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Belia), JBSN sebagai salah seorang ahli panel telah menyampaikan pembentangan bertajuk "Government's efforts in empowering youths in times of Covid-19".

Selamat Menyambut Hari Belia Sedunia 2021.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)