JKM BANTU LIMA BERADIK KEHILANGAN IBU BAPA AKIBAT COVID-19

 


KLANG , - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika mengadakan lawatan ihsan pada pagi semalam berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bantuan kepada lima beradik di Pangsapuri Seri Perantau di sini, yang kehilangan kedua ibu bapa mereka akibat Covid-19 minggu lepas, bermula bulan depan. 

 Beliau berkata, apa yang menyentuh hati adalah kematian ini melibatkan insan tersayang dan tidak dapat memberi ciuman terakhir. Seperti kisah lima beradik ini yang sekelip mata menjadi anak yatim piatu kerana ibu dan ayah meninggal dunia akibat COVID-19.  

Katanya, selain itu, beliau akan memberi bantuan peribadi bulanan RM250 kepada Intan Iewanina, anak sulung daripada lima beradik itu untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

 "Intan Iewanina baru berusia 21 tahun dan sedang belajar. Selalu ibunya (Allahyarham Ramlah Muktar) bagi belanja RM250 (sebulan) jadi saya ambik peluang untuk sama-sama bantu atas kapasiti peribadi agar (bantuan) itu dapat diteruskan sehingga beliau habis belajar," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga itu di rumah mereka pada Selasa.

 Intan Iewanina dan empat adiknya iaitu Batrisyia Izzah, 19, Uzair Wazini, 16, Ahmadinejad, 12, dan Nisa Ailani, lima, kini menetap di rumah peninggalan ibu bapa mereka di Pangsapuri Seri Perantau.

Katanya lagi, semoga dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban 5 beradik ini untuk menjalani kehidupan seharian tanpa terbeban kerana kehilangan kedua ibu bapa akibat COVID-19.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)