TAHAP KESELAMATAN NEGARA TERKAWAL - KPN
KUALA LUMPUR, - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terkawal di sebalik kemeluk politik yang sedang berlaku sekarang.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan terus memantau dan menguatkuasakan undang-undang.
“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ketua Polis Negara menegaskan, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membuat hasutan dan mengganggu gugat keselamatan negara.
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
- SMNETNEWS