PROJEK BAIK PULIH TEBING SUNGAI KELANTAN DI PASIR MAS MELIBATKAN PERUNTUKAN RM65 JUTA TERMASUK BAYARAN PAMPASAN

 


PASIR MAS, - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed semalam telah melawat projek baik pulih runtuhan tebing di kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas. Projek baik pulih ini telah dimulakan secara rasmi setelah selesai proses milikan tapak pada 4 Ogos 2021 oleh kontraktor yang diberikan tanggungjawab dengan harga kontrak bernilai RM45 juta.

Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, berkata, keseluruhan projek menelan belanja RM65 juta termasuk bayaran pampasan tanah dan bangunan kepada pemilik tanah yang terlibat”, katanya ketika mengiringi Menteri di Jabatan Menteri (Ekonomi), Dato Sri Mustapa Mohamed 


Jelas beliau lagi, projek ini melibatkan empat komponen iaitu pertama mengorek pasir di seberang sungai lebarnya 50 meter,  kedua kerja-kerja meletakkan batuan di sebelah kawasan Pasir Mas sekitar 500 meter, ketiga membina benteng setinggi dua meter dan keempat projek mengorek sungai di sekitar runtuhan.


Sehubungan itu, Dato’ Sri Mustapa sangat berharap agar kerja-kerja ini mampu disiapkan dalam masa tiga bulan atau sebelum 5 November bagi mengelakkan masalah pada musim tengkujuh.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian,  Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Pengkalan Pasir, YB Dato’ Hanifa Ahmad dan wakil agensi Kerajaan Pusat serta Negeri yang terlibat. 

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)