SULTAN JOHOR TERIMA MENGHADAP PERDANA MENTERI, BINCANG SITUASI NEGARA

 


JOHOR BAHRU, - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Menurut baginda, pertemuan itu bertujuan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai negara.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di Facebook baginda hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir sebelum itu menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Kota Iskandar, di Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)