UAE SUMBANG SEJUTA DOS VAKSIN SECARA PERCUMA KEPADA MALAYSIA
PUTRAJAYA, - Menteri Kanan Luar Negeri. Kluster Keselamatan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hubungan akrab Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus bawa manfaat bermakna terhadap usaha menangani cabaran pandemik covid-19.
Beliau berkata, Negara kita bakal menerima 1 juta dos vaksin secara percuma sumbangan UAE
" Ini bukan kali pertama UAE hulur sumbangan. Tahun lepas kita terima lebih 7 tan peralatan perubatan pelbagai jenis yang banyak membantu usaha awal frontliners perubatan kita perangi COVID-19 ".
Katanya lagi, bagi pihak KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat, Yang Mulia Putera Abdullah Bin Zayed Al-Nahyan dan Kerajaan UAE! Keprihatinan yang sangat dihargai Malaysia.