LEBIH 8 JUTA POPULASI SUDAH LENGKAP DUA DOS VAKSIN COVID-19 - DR ADHAM


 KUALA LUMPUR, - Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, 8 Ogos 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.



“Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)