KSU KPWKM AGIH BAKUL PRIHATIN NEGARA DI JAJAHAN PASIR MAS


PASIR MAS, - YBhg Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah turun membuat tinjauan dan pemantauan ke tapak Projek Pembangunan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), Rantau Panjang, Kelantan.

Projek ini merupakan inisiatif jangka panjang yang diselia oleh Yayasan Kebajikan Negara(YKN) dengan kerjasama semua agensi di bawah KPWKM bagi menyediakan perkhidmatan bantuan sokongan psikososial di peringkat komuniti yang akan turut melibatkan beberapa agensi Kerajaan lain.



YBhg. Dr. Maziah juga turut meluangkan masa hadir ke Pejabat JKM Jajahan Pasir Mas dan Pejabat JKM Jajahan Pasir Mas untuk taklimat perkhidmatan kebajikan dan seterusnya mengagihkan Bakul Prihatin Negara kepada pemohon di sekitar jajahan tersebut.

Semoga usaha Kementerian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar Jajahan Rantau Panjang khususnya dan Negeri Kelantan amnya.

Tinjauan ini juga turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM dan Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPWKM.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)