PPV PUSAT KELUARGA LPPKN DIJANGKA MEMBERI MANFAAT KEPADA LEBIH 30 RIBU PENERIMA VAKSIN

 


SEREMBAN, - YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat Tinjauan dan Pemantauan Pelaksanaan Pusat Keluarga LPPKN PPV Skala Sederhana pagi tadi.

Pemilihan Pusat Keluarga LPPKN sebagai PPV sangat bertepatan selain mudah diakses, ia juga mempunyai prasarana mesra keluarga serta OKU dan turut menyediakan khidmat sokongan keluarga terutama kaunseling dan khidmat nasihat perancang keluarga.


PPV Pusat Keluarga LPPKN dijangka memberi manfaat kepada lebih 30 ribu penerima  vaksin menjelang Februari 2022 dengan kapasiti 200 penerima vaksin sehari.  PPV ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.  Temujanji penerima vaksin adalah  melalui aplikasi MySejahtera masing-masing dan buat masa ini tidak dibuka secara walk-in.

PPV awam kategori Badan Berkanun secara tetap atau premis ini merupakan yang pertama bagi Pusat Keluarga LPPKN, namun sebagai makluman Pusat Keluarga Bergerak LPPKN juga telah pun terlibat dalam Program Pemberian Vaksinasi Bergerak (PPVB) sejak Julai lalu di Negeri Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Selangor. 

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)