OPERASI GREATER KLANG VALLEY TASK FORCE DIPERGIATKAN
KUALA LUMPUR , - Pasukan ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM) terus mempergiatkan penugasan harian mereka.
Anggota pasukan GKV TF yang melaksanakan tugasan ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR), terus melaksanakan penukaran tangki-tangki oksigen buat pesakit COVID-19 di MAEPS.
Sementara itu, anggota ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) pula meneruskan usaha penghantaran tangki-tangki oksigen dari stor ke wad-wad manakala anggota ‘Body Management Team’ (BMT) pada hari ini menyelesaikan penugasan melibatkan pengurusan jenazah.
Usaha bersepadu yang dilaksanakan oleh pasukan GKV TF ini ternyata membuktikan jalinan kerjasama di antara TDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah berjaya merealisasikan pelan tindakan yang direncanakan.
Sehingga kini, seramai 1,000 pegawai dan anggota TDM digerakkan dalam pasukan GKV TF ini bertujuan menyokong pelan tindakan KKM dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di kawasan Lembah Klang.
Operasi ini adalah bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat dan Awam”, yang menumpukan kepada saling berhubungan di antara TDM dengan rakyat.
SUMBER: Tentera Darat Malaysia