PROGRAM BANTUAN PRIHATIN MAIK JELAJAH KE JAJAHAN KUALA KRAI
KUALA KRAI, - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melaksanakan Program Bantuan Prihatin MAIK bagi membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama yang terkesan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Meneruskan agihan bantuan, kali ini MAIK bersama Imam Bandar bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan serta Penggawa termasuk Penghulu Kampung kali ini telah menjelajah ke Jajahan Kuala Krai.
Kali ini, MAIK mengagihkan bakul makanan dan wang tunai kepada 100 penerima yang terkesan, berlangsung di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Masjid Bandar Kuala Krai Kelantan.
Sumbangan tersebut disempurnakan oleh YBrs Al Fadhil Ustaz Armin Azahari selaku Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra.
Turut bersama menyampaikan bantuan ialah, Penggawa, Penghulu Bandar Kuala Krai Encik Khairi dan Penghulu Bandar Guchil Encik Wan Zi.
Bantuan ini bukan sahaja melibatkan Masjid Bandar tapi juga di mukim-mukim seluruh negeri Kelantan yang disampaikan oleh imam masjid Mukim dan Penghulu Kampung di mukim masing-masing.
Sememangnya sumbangan dihulurkan ini dapat melegakan keluarga yang terkesan memandangkan masih ramai tidak dapat bekerja seperti biasa dengan mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 di Kelantan semakin membimbangkan.
Dikesempatan ini, MAIK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma dan pewakaf yang sentiasa memberikan sumbangan untuk disalurkan buat insan memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.
Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa semua pembayar zakat dan pihak yang memberikan sumbangan menerusi MAIK selama ini.
MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini: https://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/sistem-eptg
- SMNETNEWS