KELANTAN SUMBANG RM1,500 KEPADA WARIS KATEGORI B40 URUS JENAZAH COVID-19
KOTA BHARU, - Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Kerajaan Negeri Kelantan prihatin mengenai bebanan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19 dan dengan ini bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada waris mangsa kategori B-40 sebagai pengurusan jenazah kes Covid-19 bermula 15 Ogos 2021.
Menteri Besar juga dalam kenyataan beliau bahawa Kerajaan Negeri sentiasa menghargai peranan imam dan bilal di negeri Kelantan dalam usaha memartabat agama Islam dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan utama kepada masyarakat.
Beliau berkata, dengan ini Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150.00 dan bilal RM50.00. Jumlah keseluruhan elaun yang diterima bagi imam tua adalah RM1,850.00 dan RM1,350.00 bagi imam muda bagi masjid mukim kategori ‘A’. Manakala bilal menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM800.00. Pembayaran elaun tambahan melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa mulai Julai 2021.
Beliau juga menyeru rakyat Kelantan untuk meningkatkan tahap kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi SOP.
Katanya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan melaporkan Kelantan masih mencatatkan bilangan kes yang tinggi dengan varian Delta sudah berada dalam komuniti. Varian ini sangat mudah berjangkit berbanding semua varian lain dan menyebabkan bilangan kes harian COVID-19 mencatat angka yang tinggi dalam kalangan berisiko terutama penghidap penyakit kronik serta kanak - kanak.
- SMNETNEWS