JANGKITAN HARIAN KEKAL PARAS 21,000 KES, SELANGOR TERTINGGI LEBIH 7,000 KES

 


PUTRAJAYA, - Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara melonjak ke paras tinggi sekali lagi hari ini dengan 21,468 kes setelah merekodkan kes terbesar semalam.

Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan jangkitan di Selangor naik mendadak lebih 1,000 kes berbanding semalam kepada 7,449.

Selain Kuala Lumpur yang mencatatkan angka 2,183 kes, lima negeri lagi merekodkan jumlah kes empat angka: Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan - 974

Perak - 940 

Melaka - 723

Sarawak - 715 

Pahang - 572 

Terengganu - 440

Putrajaya - 66

Perlis - 50

Labuan - 6

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)