LOKALITI PKPD TERIMA RM20 RIBU - MB KELANTAN

 


KOTA BHARU, - Lokaliti yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima peruntukan RM20,000 daripada Kerajaan Kelantan yang disalurkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Ahmad Yaakob berkata demikian semasa membuat penggulungan untuk soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, semalam.

Sebelum itu, ADUN Tawang, Dato’ Hassan Mahmood menyatakan harapan agar Kerajaan Negeri menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diberikan kerajaan Persekutuan, semasa mencadangkan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

ADUN Kok Lanas, Dato’ Md Alwi Che Ahmad turut menyatakan soalan tambahan semasa sesi soal jawab bahawa adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan peruntukan bagi menguruskan kawasan PKPD.

Dato’ Ahmad menjawab secara keseluruhan tentang perkara tersebut melalui kenyataan Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan isu kebajikan rakyat melalui sumber kewangan yang diperolehi termasuk memberi tumpuan lebih bagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat berkaitan COVID-19.

"Kita lihat pendapatan kita, kita berbelanja mengikut bajet yang telah dikemukakan kepada semua ADUN. Perjalanan wang ini mengikut bajet kecuali kita mendapat kemasukan luar jangka.

Insya Allah saya sedang memerhatikan aliran kewangan kini. Kita akan lihat skop mana yang tidak dapat dibelanjakan kerana COVID-19 ini kita akan kumpul dan nilaikan apa program yang boleh membantu rakyat.

Kerajaan tidak akan menyimpan wang sehingga dimurkai ALLAH SWT. Kita akan berbelanja mengikut kewangan yang ada pada kita", jelas beliau.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)