KELANTAN BAKAL CAPAI IMUNITI KELOMPOK AWAL SEBULAN DARIPADA JANGKAAN

 


KOTA BHARU, - Kelantan akan mencapai  imuniti kelompok akhir September ini, awal sebulan berbanding jangkaan terdahulu pada Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan YB Dr Izani Husin berkata berdasarkan rekod terkini, 54 peratus penerima telah menerima suntikan dos 1, manakala penerima lengkap dua dos pula ialah 34.4 peratus.

“Kita dijangka mendapat 700 ribu dos pada akhir September ini, walau bagaimanapun ia masih belum dimuktamadkan. Untuk capai imuniti kelompok kita memerlukan 900 ribu dos. 

Jadi kita berharap kepada MOSTI, untuk memberi tambahan dos sebanyak 200 ribu lagi untuk capai imuniti kelompok pada akhir september ini”, katanya ketika sesi soal jawab hari kedua sesi pagi sidang Dewan Undangan Kelantan, hari ini. 

Sumber: UPKN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)