TEMA HARI KEBANGSAAN, "MALAYSIA PRIHATIN" BERTEPATAN - MB KELANTAN
KOTA BHARU, - Kerajaan Negeri Kelantan bersama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan buat julung kali berkerjasama menganjurkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2021.
Majlis Pelancaran Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan 2021 hari ini disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan. YAB Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, bertempat di Dataran MABNA MBI, Kompleks Kota Darul Naim.
“Tema sambutan Hari Kebangsaan ke-64, Malaysia Prihatin, adalah bertepatan selaras dengan Kerajaan yang sentiasa mendukung aspirasi bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dalam memerangi wabak COVID-19.
Beliau berkata, semangat Malaysia Prihatin ini dapat kita saksikan melalui kerjasama erat rakyat Kelantan yang terdiri daripada petugas- petugas barisan hadapan, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan yang merupakan wira dalam memberikan khidmat bakti serta sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Menteri Besar menyeru kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Kelantan untuk memberi kerjasama dan turut serta dalam menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang serta sentiasa mengamalkan Amalan Norma Baharu dalam kehidupan seharian agar wabak Covid-19 di Kelantan dapat segera dibendung.
Rakyat Kelantan juga digesa untuk terus memberi sokongan padu bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara serta program suntikan vaksinasi Covid-19 yang giat Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS) dijalankan oleh Kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato' Mohd Nassuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan serta kenamaan lain.
- SMNETNEWS
Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network