EMPAT MAUT DALAM KES TEMBAKAN DI KEM TUDM

 


KOTA SAMARAHAN: Empat maut dalam kejadian tembak menembak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi ini.

TUDM dalam kenyataan media hari ini mengesahkan kejadian itu yang berlaku semasa waktu serah tugas sekitar jam 7.15 pagi.

Kenyataan itu menambah, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurut maklumat awal, salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.


Dua rakannya yang ditembak maut  di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan masih menunggu laporan penuh.

Beliau dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian  melibatkan 4 anggota TUDM yang bertugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan.

- SUMBER: Cat FM

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)