KELANTAN RAYU 1 JUTA DOS VAKSIN - AHMAD YAKOB

 


KOTA BHARU, - Kerajaan Kelantan merayu  Kementerian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi satu juta dos vaksin kepada negeri ini sebelum musim tengkujuh tiba.

 Melalui satu kenyataan, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob berkata, ini bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) lantaran kebimbangannya musim tengkujuh bakal memburukkan lagi situasi penularan wabak itu di Kelantan.

" Kita mohon kerana kebimbangan untuk hadapi musim tengkujuh tidak lama lagi, apabila tiba kelak kita belum capai lagi 80 peratus imuniti kelompok, kita bimbang keselamatan nyawa rakyat ".

Sebab itu kita mohon kepada MOSTI untuk dapatkan satu juta dos vaksin, barulah kita berupaya melaksanakan 33,000 dos suntikan sehari di 27 Pusat Pemberian Vaksin (PPV)”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Kelantan 2021 di perkarangan Mabna-MBI Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Tambahnya lagi, sehingga kini 825,734, rakyat sudah menerima dos pertama, 28.5 peratus daripada jumlah penduduk yang mendaftar. Manakala 13 peratus lagi sudah mendapat dos kedua.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)