PENGUMUMAN KHAS BERKENAAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI INDIVIDU YANG LENGKAP VAKSINASI

 


Intipati Pengumuman Khas berkenaan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap oleh YAB Perdana Menteri | 8 Ogos 2021, Ahad 

📌Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

✅Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

✅Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

📌Vaksinasi lengkap: suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing ⁣

📌Kerajaan setuju beri kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi dan terpakai atas semua fasa PPN⁣

📌Labuan bersama lapan negeri beralih dari Fasa Satu dalam masa dua bulan pelaksanaan PPN⁣

📌Usaha kerajaan tingkat vaksinasi menunjukkan pencapaian amat membanggakan⁣

📌Usaha pemulihan daripada COVID-19 berjalan seperti yang dirancang⁣

📌Tiga aspek utama urus pandemik adalah kesihatan dan keselamatan rakyat, ekonomi dan kelansungan perniagaan serta kesejahteraan rakyat ⁣

📌Keputusan beri kemudahan kepada individu terima vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati ⁣

📌Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap⁣

📌Vaksinasi lengkap: Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat⁣

📌Kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat⁣

Setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)