14 KAMPUNG DALAM DAERAH PASIR PUTEH DIKENAKAN PKPD BERMULA 27 JULAI SEHINGGA 9 OGOS 2021


PUTRAJAYA, - Timbalan Perdana Menteri, dalam satu kenyataan berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara  telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di 14 lokaliti dalam daerah Pasir Puteh

PKPD di lokaliti terlibat dilaksanakan bermula selasa ini 27 Julai 2021 sehingga 9 Ogos 2021


PKPD di 14 kampung dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan melibatkan Mukim Bukit Jawa enam lokaliti (kampung) serta bagi Mukim Bukit Abal lapan lokaliti (kampung)

Bagi Mukim Bukit Jawa lokaliti terlibat adalah Pekan Selising, Kampung Selising, Kampung Tok Dir, Kampung Pak Omar, Kampung Bukit Bidang dan Kampung Bukit Merbau.

Manakala bagi PKPD di Mukim Bukit Abal yang melibatkan 8 lokaliti ialah Kampung Berangan, Kampung Banggol Pak Esah, Kampung Alor Geliong, Kampung Banggol Jenereh, Kg. Kubang Sawa, Kampung Lubuk Kedondong, Kampung Chat dan Kampung Banggol Dollah.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)