PENDUDUK TITIWANGSA TERUS DIBANTU - YB DATUK SERI RINA HARUN
KUALA LUMPUR, - YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Wanita dan Keluarga, menyampaikan bantuan kepada seorang pemuzik OKU semalam, beliau berkata gerak kerja hari hujung minggu diteruskan dengan menyantuni dan menyampaikan bantuan Bakul Prihatin Titiwangsa kepada penduduk Titiwangsa di kawasan sekitar PPR Hiliran Ampang, Desa Pandan, dan Kampung Baru yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Beliau berkata, bukan sekadar bantuan keperluan asas sahaja disampaikan, malah bantuan berbentuk sokongan sosial melalui perkhidmatan Telekaunseling 24 jam oleh Pusat Khidmat Titiwangsa turut disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara ini.
Beliau faham, tempoh PKP 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini pasti memberi kesan kepada segelintir daripada penduduk Titiwangsa. Namun beliau harap sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Pendaftaran program Bakul Prihatin Titiwangsa juga masih diteruskan berikutan tempoh PKP yang telah dilanjutkan.
Beliau juga telah memastikan agar setiap isi rumah telah mendaftar nama dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta menjelaskan kepentingan mengekalkan disiplin kendiri dan kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19. Insya-Allah, kita pasti menang dalam peperangan ini.
- SMNETNEWS