KPKT LANCAR 25 UNIT BAS SEBAGAI PPV BERGERAK DI KLUANG
KLUANG, - YB Menteri KPKT, Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin bersama YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk HalimahMohamed Sadique telah menyempurnakan Pelancaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak bagi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)di PPV Dataran Tasik Kluang, Johor.
Sebanyak 25 unit bas telah diubahsuai mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). MOVAK merupakan inisiatif bersama KPKT dan KPN yang akandigerakkan ke seluruh negara bagi membantu meningkatkan kehadiran penerima vaksin di PPV.
Program MOVAK mempunyai 4 komponen yang terdiri daripada Unit Panggilan, Unit Mobilisasi, Unit Jangkauan Komuniti dan Unit PPV Bergerak dan dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sukarelawan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Penggerak Komuniti Negara (PKN)
- SMNETNEWS