WARGA EMAS SAMBUT BAIK PROGRAM "WALK IN" VAKSINASI


PUTRAJAYA, - Dua hari lepas, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan mengumumkan semua warga emas berusia 60 ke atas boleh datang secara “Walk In” untuk menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin, PPV sekitar Lembah Klang. 

"Di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berusia 60 tahun yang masih belum menerima vaksin, boleh walk in. Data menunjukkan masih ada lagi golongan ini yang masih belum divaksinasi," kata Dr. Adham pada sidang media di Kementerian Kesihatan pada 15 Julai 2021. 

Alhamdulillah, sambutan yang diterima pada hari kedua ini adalah amat mengalakkan bila ramai warga emas datang secara Walk In untuk mendapatkan vaksinasi. 

Di Pusat Pemberian Vaksin, PPV Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga jam 3 petang ini sejumlah 60 orang warga emas hadir untuk menerima vaksinasi. Di PPV Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines, MIECC Seri Kembangan sejumlah 54 orang telah hadir mendapatkan vaksinasi sehingga jam 3 petang tadi juga. 

Di PPV 360 Setia EcoHill pula sehingga jam 3.20 petang sejumlah 78 orang warga emas hadir mendapatkan vaksin. Kemaskini pada masa yang sama juga mendapati di PPV Mewah Club sejumlah 45 orang telah hadir mendapatkan vaksinasi. 

Semalam, Warga emas yang “Walk In” untuk mendapatkan vaksinasi di Klinik Kesihatan Seri Kembangan  mengucapkan terima kasih atas inisiatif “Walk In” yang Kerajaan Malaysia dan YB Menteri Kesihatan cetuskan ini. Ianya amat memudahkan proses mereka mendapatkan vaksin. Video ucapan terima kasih mereka seperti dalam video berikut. 

Terus melindungi dan menjaga orang yang kita sayang dengan membawa mereka untuk mendapatkan vaksinasi. Dengan usaha ini kita akan menang bersama melawan pandemik COVID-19 ini. 

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)