RM13.2 JUTA BANTUAN KHAS TASKA BAWAH PAKEJ PEMULIH - YB RINA HARUN


SEPANG, - Sejajar dengan Pakej PEMULIH yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, telah memperuntukkan sebanyak RM13.2 juta Bantuan Khas TASKA bagi membantu meringankan beban pengurusan TASKA, terutama dari segi pematuhan Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19. Bantuan ini dijangka akan membantu 4,400 TASKA di seluruh negara.

Dalam usaha memantau pengoperasian TASKA sepanjang tempoh PKP, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini telah menyampaikan replika cek Bantuan Khas TASKA kepada TASKA Qasih Ixora, TASKA Daun Biru, TASKA Cahaya Permata Dengkil, TASKA Di Rumah Kakak Ila dan Taska Di Rumah Rose Tarmizi. 

Bantuan Khas TASKA ini berjumlah RM3,000 bagi kategori TASKA institusi, TASKA Komuniti dan TASKA di tempat kerja. Manakala sebanyak RM800 kepada kategori TASKA di rumah. Permohonan masih lagi dibuka sehingga 31 Ogos 2021.

 YB Datuk Seri Rina menyeru agar lebih ramai pengusaha taska tampil untuk memohon bantuan ini. Sehingga kini, JKM telah menerima sebanyak  1,101 permohonan Bantuan Taska Khas melalui laman web www.jkm.gov.my. 

Dalam usaha membantu sektor ekonomi yang terjejas, usahawan-usahawan seperti pengusaha TASKA juga disediakan bantuan-bantuan selain daripada Pakej PEMULIH seperti Geran Khas Prihatin yang boleh dimohon melalui Kementerian Kewangan Malaysia. 

Inisiatif Bantuan Khas TASKA ini bukanlah yang pertama kali baru dilaksanakan oleh Kerajaan malah sebelum ini, melalui Pakej PENJANA, Kerajaan turut memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 kepada tiga kategori TASKA ini dan RM1,500 untuk TASKA di rumah. Atas keprihatinan Kerajaan, bantuan kewangan bagi pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas diperkenalkan semula agar semua dibantu dan tiada siapa yang akan tertinggal.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)