4 TAPAK PEMBINAAN DI SARAWAK GAGAL PATUH SOP DIARAH TUTUP - CIDB

 

KUALA LUMPUR, - Empat tapak pembinaan di Sarawak diarah tutup serta merta dalam Operasi Pemeriksaan Tapak Bina oleh CIDB Sarawak. Dalam satu kenyataan media hari ini, empat tapak pembinaan telah gagal patuhi SOP PPN.

CIDB menjelaskan, bilangan tapak bina yang diperiksa CIDB Sarawak sekitar daerah Kuching dan Betong adalah sebanyak 11 tapak pembinaan, iaitu tujuh tapak bina tidak beroperasi, dua tapak bina beroperasi serta patuh SOP yang ditetapkan dan dua tapak bina telah diarahkan untuk menghentikan operasi serta merta kerana tidak mematuhi SOP 

Antara kesalahan yang didapati ialah tidak patuh SOP Akta 342 dan tindakan CIDB Sarawak dengan mengeluarkan Notis N3E/2021 Pemberhentian Kerja Pembinaan iaitu pelanggaran kewajipan oleh kontraktor.

Bagi Daerah Sibu, Operasi Khas Pemeriksaan Tapak Bina melibatkan CIDB Cawangan Sibu serta Polis Diraja Malaysia telah dilakukan di sekitar daerah Sibu dan didapati dua tapak bina telah diarahkan menghentikan operasi serta merta oleh Penguatkuasa CIDB Cawangan Sibu setelah gagal mematuhi SOP PPN yang ditetapkan oleh KKM.

Pemeriksaan di tapak yang pertama, kesalahan yang didapati iaitu gagal mempamerkan MySejahtera dan gagal mengemukakan senarai nama kehadiran serta semakan suhu pekerja

Manakala di tapak yang kedua, antara kesalahan yang didapati ialah jumlah pekerja ditapak bina melebihi 60% seperti yang dibenarkan dalam SOP PPN dan tindakan CIDB Cawangan Sibu dengan mengeluarkan Notis N3E/2021 Pemberhentian Kerja Pembinaan iaitu pelanggaran kewajipan oleh kontraktor.

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)