YB AHLI PARLIMEN KUALA KRAI MENYANTUNI MALIM GUNUNG DI JELAWANG

 

KUALA KRAI, - YB Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai, bersama Adun Dabong, YB Ustaz Ku Mohd Zaki mengambil peluang berada di Dabong untuk menyantuni Malim Gunung di Jelawang. Mereka adalah terdiri daripada pemandu pelancong untuk pendaki mendaki Gunung Stong.

Beliau berkata, akibat terkesan dengan penutupan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pandemik covid-19 ini, mereka kini tidak dapat meneruskan kerja masing-masing.

 Gunung Stong setinggi 1,433 meter merupakan lokasi eko-pelancongan di bawah Parlimen Kuala Krai dan terkenal di seluruh Malaysia dan dunia kerana mengalir di kawasan itu adalah Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Katanya lagi, selain itu terdapat pelbagai flora dan fauna yang menarik seperti Bunga Rafflesia, Buluh Semuliang, Daun Palas Licuala Stongesis dan halia yang jarang di jumpai selain beberapa hidupan hutan eksotik seperti burung Enggang, kambing hutan, tapir dan sebagainya.

YB Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menyampaikan sedikit sumbangan untuk 14 malim gunung yang terjejas mata pencarian mereka atas penutupan sektor pelancongan kerana pelaksanaan PKP diseluruh negara.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)