PPV STADIUM BUKIT JALIL MENINGKATKAN PURATA VAKSINASI HARIAN KEPADA LEBIH 8 RIBU DOS SEHARI

BUKIT JALIL, - Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul, pada pagi tadi telah melawat Pusat Pemberian Vaksin Stadium Bukit Jalil (PPV SBJ) untuk meninjau operasi di sana dan menyampaikan sumbangan makanan kepada frontliners bertugas.

Beliau berkata, kawasan PPV SBJ ni memang luas dan teratur dan sejak mula operasi pada 21 Jun, mereka telah berjaya memberi 114,407 dos pertama dan 13,007 dos kedua kepada penerima vaksin. Sambil membuat tinjauan, beliau juga sempat bertegur sapa dengan beberapa pengujung yang hadir untuk janji temu vaksinasi mereka serta mendapatkan maklum balas daripada penerima vaksin yang hadir.⠀⠀

Untuk pengetahuan semua, katanya lagi YB Khairy Jamaluddin dan YB DS Dr Adham Baba telah mengumumkan pelaksanaan Operation Surge Capacity, iaitu sebuah inisiatif untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin di KL dan Selangor, dengan matlamat untuk memvaksinasi 6.1 juta populasi dewasa menjelang 1 Ogos 2021.

Katanya, operasi ini akan dijalankan di semua PPV di KL dan Selangor, dan pegawai operasi di PPV SBJ juga telah nyatakan kesiapsiagaan mereka untuk menjalankan operasi ini. Jika dilihat dari rekod vaksinasi harian mereka, sejak 12 Julai 2021 mereka telah meningkatkan purata vaksinasi harian dari 5,000 ke lebih 8,000 dos sehari. Beliau  yakin PPV Bukit Jalil telah bersedia untuk menyokong Operation Surge Capacity ini.
Bagi mereka di KL dan Selangor yang belum mendaftar untuk divaksinasi, segeralah berbuat demikian dan ambil kesempatan ini untuk mendapat dos vaksin anda. Ini adalah demi kebaikan kita semua dan orang tersayang. - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)