PETUGAS POSITIF COVID-19, PPV IDCC SHAH ALAM DITUTUP SEHARI HARI INI - CITF

 

KUALA LUMPUR, - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup sehari iaitu hari ini 13 julai 2021, susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.

Justeru, CITF menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagi janji temu yang diberikan pada hari tersebut ianya akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.

Segala butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-88934303, katanya dalam  kenyataan hari ini. - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)