SURAT MITI TIDAK SAH UNTUK PERGERAKAN RENTAS NEGERI BERMULA 18 JULAI SEHINGGA 21 JULAI 2021

KUALA LUMPUR, - Ketua Polis Negara dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan larangan pergerakan merentas negeri dengan menggunakan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi tempoh 18 julai sehingga 21 julai 2021 iaitu hari ini.

Pihak PDRM telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini. 

Justeru itu, bagi mengelekkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri akan diarahkan untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 julai sehingga 21 julai 2021 iaitu hari ini hingga rabu.

PDRM menjelaskan, larangan ini tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran PDRM serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)