PEMBERIAN DOS VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA ATASI UNITED KINGDOM

 KUALA LUMPUR, - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, pemberian dos vaksin di dalam Negara melepasi angka 300,000 dos selama enam hari beturut-turut.

Berdasarkan jumlah vaksinasi harian untuk 100 orang penduduk di sesebuah negara, Malaysia kini antara negara teratas. 

Dalam satu posting di twitter, Datuk Seri Dr Adham Baba, kedudukan Malaysia adalah lebih baik berbanding Taiwan, United Kingdom, Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam. 

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 10 Julai 2021 ialah 11,075,493 dos iaitu 324,745 dos pada 10 Julai. Jumlah yang menerima dos pertama ialah 7,649,848 orang dan daripada jumlah itu, 3,425,645 orang telah terima dos kedua. 

Berikut adalah taburan pemberian dos untuk enam hari lepas, iaitu bagi 5 Julai 2021 sebanyak 313,761 dos, 6 Julai 2021 340,043 dos, 7 Julai 2021 sebanyak 375,842 dos, 8 Julai 2021 sebanyak 376,909 dos, 9 Julai 2021 sebanyak 337,478 dos dan 10 Julai 2021 sebanyak 324,745 dos.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua doktor, vaksinator, general practitioners, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertugas di semua PPV seluruh negara. 

Katanya, anda semua telah melakukan sesuatu yang cemerlang, dan Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran immuniti kelompok. 

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)