70 PERATUS GURU TELAH MENERIMA DOS PERTAMA - KPM


 PUTRAJAYA, - Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, hampir 70 peratus guru di Malaysia telah menerima suntikan dos pertama vaksin covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan laporan pihak KKM, pada 22 Julai 2021 sebanyak 507,050 dos suntikan vaksin telah berjaya diberikan. Kini 46.7% dari keseluruhan populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 21.8% pula telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Dalam konteks KPM, secara keseluruhannya 67.61% guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Bagi guru kelas peperiksaan khususnya, seramai 85.17% daripada kumpulan guru ini telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Bagi kakitangan sekolah pula, 54.52% telah  menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. 

Usaha ini masih berterusan. KPM akan terus bekerjasama rapat dengan CITF untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan kakitangan sokongan sekolah.

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)