KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 MALAYSIA MENINGKAT - KKM
KUALA LUMPUR, - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya, berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan angka 1.16 semalam berbanding 1.14 pada Selasa.
Beliau berkata, negeri Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).
Sembilan lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.04 hingga 1.22 iaitu Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus covid-19 iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
- SMNETNEWS
Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)