PKPD DI LADANG KERILLA, TANAH MERAH BERMULA KHAMIS INI 29 JULAI 2021
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Khamis ini, 29 Julai sehingga 11 Ogos 2021 di Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan bagi mengawal penularan COVID-19 di kawasan itu.
Majlis Keselamatan Negara memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19
.SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my
- SMNETNEWS