LEBIH 17 JUTA DOS VAKSIN COVID-19 TELAH DIBERIKAN DI SELURUH NEGARA - MENTERI KESIHATAN
KUALA LUMPUR, - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham, jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lepas hingga Ahad mencecah 17,317,553 dos suntikan di seluruh negara.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian dalam laman twitter beliau, setakat jam 11.59 malam Ahad jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin di seluruh negara adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.
Katanya lagi, sementara itu sebanyak 11,797,708 populasi dalam negara atau 36.1 peratus lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin covid-19.
Dr Adham berkata, bagi vaksinasi harian sebanyak 399,135 dos diberikan pada Ahad merangkumi 281,481 individu menerima suntikan pertama dan 117,654 penerima dos kedua bagi seluruh negara.
- SMNETNEWS